
Terdapat beberapa kaedah yang boleh dipraktikkan untuk memproduktifkan aset wakaf. Hal ini termasuk aktiviti seperti, menyewakan aset wakaf kepada pihak yang berkepentingan dan melakukan aktiviti ekonomi dalam pelbagai bidang seperti bidang pertanian dan penternakan. Sekiranya kesemua kaedah tersebut tidak sesuai dipraktikkan, nazir hendaklah mencari alternatif lain agar tanah tersebut dapat diproduktifk an. Pemegang amanah wakaf juga seharusnya peka terhadap potensi sesebuah tanah wakaf yang berada di bawah jagaannya agar dapat dioptimunkan penggunaannya. Oleh itu, pelaburan hartanah merupakan salah satu alternatif yang boleh dilakukan untuk tujuan membangunkan tanah wakaf. Pelaburan hartanah terhadap harta wakaf dapat dibuat dengan cara pembinaan bangunan secara komersil seperti pasar raya, tempat penginapan (hotel) dan juga taman perumahan. Dengan ini penciptaan aset wakaf baru akan terhasil setelah tanah wakaf tersebut dibangunkan. Penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji kaedah pembangunan secara komersil yang telah dilakukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) terhadap salah sebuah tanah wakaf (waqaf Seetee Aishah) yang terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Dengan kepakaran pengurusan yang ada dipihak MAINPP serta kerjasama daripada UDA Holdings Berhad, tanah wakaf Seetee Aishah telah berjaya diproduktifkan dengan pembinaan sebuah taman perumahan yang dikenali sebagai taman perumahan wakaf Seetee Aishah. Kata kunci: Pembangunan harta wakaf, Majlis Agam a Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), pelaburan harta wakaf.
Majlis Agam a Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), pelaburan harta wakaf, BP Islam. Bahaism. Theosophy, Management. Industrial management, Pembangunan harta wakaf, Marketing. Distribution of products, HF5410-5417.5, HD28-70, etc
Majlis Agam a Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), pelaburan harta wakaf, BP Islam. Bahaism. Theosophy, Management. Industrial management, Pembangunan harta wakaf, Marketing. Distribution of products, HF5410-5417.5, HD28-70, etc
| selected citations These citations are derived from selected sources. This is an alternative to the "Influence" indicator, which also reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | 2 | |
| popularity This indicator reflects the "current" impact/attention (the "hype") of an article in the research community at large, based on the underlying citation network. | Average | |
| influence This indicator reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | Average | |
| impulse This indicator reflects the initial momentum of an article directly after its publication, based on the underlying citation network. | Average |
