Downloads provided by UsageCounts
Program Transisi Kerjaya bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) merupakan satu langkah yang penting dalam menentukan kebolehpasaran dan penerimaan majikan. Guru pendidikan khas sebagai pelaksana perlu mempunyai pengetahuan dan bersedia melaksanakan program berikut sehingga ke peringkat industri. Responden kajian terdiri daripada guru pendidikan khas seramai 64 orang dari enam buah sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Negeri Johor. Data diperoleh melalui soal selidik yang menggunakan skala likert 1 hingga 5 dengan kaedah persampelan berkelompok. Item soal selidik terbahagi kepada tiga aspek iaitu pengetahuan dan kesediaan guru; kolaborasi dengan industri; dan persepsi guru dalam meningkatkan keberkesanan Program Transisi Kerjaya. Kaedah kuantitif dikriptif digunakan untuk menganalisis data secara kekerapan dan peratusan. Dapatan menunjukkan 93.7% guru pendidikan khas berpendapat Program Transisi Kerjaya akan lebih bermakna jika industri menyatakan keperluan yang dingini dalam mengambil MBK berkerja. Sejumlah 93.8% guru pendidikan khas juga mahukan industri membuka peluang bagi MBK menjalankan transisi di tempat mereka. Dapatan juga menggambarkan bahawa terdapat jurang dalam kemahiran berkaitan industri yang mana 31.3% guru pendidikan khas hanya menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam menjalankan Program Transisi Kerjaya. Ini berkemungkinan disebabkan kerana 31.2% daripada guru pendidikan khas menjalankan transisi bersendirian tanpa penglibatan industri. Sebagai meningkatkan keberkesanan Program Transisi Kerjaya, dua pihak utama iaitu guru dan industri perlu memainkan peranan terutamanya mengadakan kolaborasi yang memerlukan mereka bersama dalam mencadang, membuat keputusan dan melaksanakan peranan masing-masing.
Program Transisi Kerjaya, Kolaborasi Guru Pendidikan Khas, Guru dan Industri
Program Transisi Kerjaya, Kolaborasi Guru Pendidikan Khas, Guru dan Industri
| selected citations These citations are derived from selected sources. This is an alternative to the "Influence" indicator, which also reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | 0 | |
| popularity This indicator reflects the "current" impact/attention (the "hype") of an article in the research community at large, based on the underlying citation network. | Average | |
| influence This indicator reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | Average | |
| impulse This indicator reflects the initial momentum of an article directly after its publication, based on the underlying citation network. | Average |
| views | 7 | |
| downloads | 10 |

Views provided by UsageCounts
Downloads provided by UsageCounts