Downloads provided by UsageCounts
Program transisi kerjaya adalah usaha positif dalam memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk menerima latihan kemahiran dan pengalaman dalam dunia pekerjaan. Guru memainkan peranan yang penting dalam membantu murid menguasai kemahiran pekerjaan. Latihan transisi kerjaya yang baik memberi peluang kepada mereka untuk bekerja seperti individu yang lain. Justeru, artikel ini adalah tentang kesediaan guru dalam pelaksanaan program transisi bagi murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Tiga aspek kesediaan dikaji adalah dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Kajian tinjauan ini dijalankan terhadap 83 orang guru Pendidikan Khas di sekolah menengah di daerah Klang, Selangor. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik Likert-5 yang mengandungi empat bahagian iaitu latar belakang guru, pengetahuan guru, kemahiran guru dan sikap guru. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana, tahap kemahiran yang rendah dan tahap sikap yang tinggi. Keseluruhannya, dapatan kajian bagi kesediaan guru dalam pelaksanaan program transisi bagi murid berkeperluan khas adalah berada di tahap sederhana berdasarkan ketiga-tiga aspek yang ditinjau.
Program transisi kerjaya, murid bekeperluan khas, kesediaan guru, pengetahuan, kemahiran, sikap.
Program transisi kerjaya, murid bekeperluan khas, kesediaan guru, pengetahuan, kemahiran, sikap.
| selected citations These citations are derived from selected sources. This is an alternative to the "Influence" indicator, which also reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | 0 | |
| popularity This indicator reflects the "current" impact/attention (the "hype") of an article in the research community at large, based on the underlying citation network. | Average | |
| influence This indicator reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | Average | |
| impulse This indicator reflects the initial momentum of an article directly after its publication, based on the underlying citation network. | Average |
| views | 4 | |
| downloads | 7 |

Views provided by UsageCounts
Downloads provided by UsageCounts