Downloads provided by UsageCounts
Kajian ini bertujuan bagi menilai dan menganalisis tahap penguasaan Kemahiran Vokasional(KV) Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (MBKMP) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi persediaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Objektif kajian ini adalah menghasilkan satu Instrumen Penguasaan Kemahiran Vokasional (IPKV) MBKMP di PPKI. Kaedah kajian yang digunakan ialah secara kuantitatif bagi mendapatkan tahap penguasaan kemahiran vokasional MBKMP. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen melibatkan rujukan pakar dalam bidang berkaitan menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.823 (Komponen KV Masakan), 0.728 (Komponen KV Pertanian) dan 0.948 (Komponen KV Jahitan). Manakala, data kajian rintis melibatkan 30 orang MBKMP di tiga Program Rintis PPKI, KPM Sekolah Menengah di negeri Selangor. Hasil kajian rintis menunjukkan MBKMP menguasai sebanyak 80% dalam KV Masakan, 50% dalam KV Pertanian dan 60% bagi KV Jahitan. Diharapkan kajian ini dapat membantu kesediaan MBKMP dalam penguasaan kemahiran vokasional bagi mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sebelum ke alam pekerjaan
Kemahiran Vokasional (KV), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (MBKMP), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Kemahiran Vokasional (KV), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (MBKMP), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
| selected citations These citations are derived from selected sources. This is an alternative to the "Influence" indicator, which also reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | 0 | |
| popularity This indicator reflects the "current" impact/attention (the "hype") of an article in the research community at large, based on the underlying citation network. | Average | |
| influence This indicator reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | Average | |
| impulse This indicator reflects the initial momentum of an article directly after its publication, based on the underlying citation network. | Average |
| views | 3 | |
| downloads | 10 |

Views provided by UsageCounts
Downloads provided by UsageCounts