
Penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) semakin pesat dalam bidang pendidikan, termasuk dalam penyediaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Walau bagaimanapun, tahap kesiapsiagaan dan persepsi guru pendidikan khas terhadap penggunaan AI dalam tugas profesional ini masih kurang diterokai terutama dalam konteks Malaysia. Kajian kuantitatif ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan dan kesedaran guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) terhadap AI, menerokai persepsi mereka terhadap keberkesanan AI dalam penyediaan RPI, serta mengenal pasti aspek kebimbangan berkaitan isu etika, privasi dan keselamatan data. Selain itu, kajian ini turut meneroka korelasi antara tahap pengetahuan dan kesedaran guru dengan persepsi dan kebimbangan terhadap penggunaan AI.Kajian yang melibatkan seramai 50 orang guru PPKI sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpurini merupakan suatu kajian rintis. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik berskala Likert lima mata dan statistik deskriptif, ujian kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha, ujian normaliti Shapiro–Wilk dan analisis korelasi Spearman’s rho untuk menganalisis data. Dapatan dengan nilai Cronbach’s Alpha keseluruhan sebanyak 0.861 menunjukkan instrumen kajian mempunyai kebolehpercayaan dalaman yang sangat tinggi. Secara deskriptif, guru pendidikan khas menunjukkan persepsi yang sangat positif terhadap keberkesanan penggunaan AI dalam penyediaan RPI (min = 4.29). Pada masa yang sama turut melaporkan tahap kebimbangan sederhana terhadap isu etika dan keselamatan data (min = 3.70). Analisis korelasi pula mendapati terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan antara pengetahuan dan kesedaran guru terhadap AI dengan persepsi keberkesanan AI dalam penyediaan RPI (ρ = 0.757, p < 0.001). Namun, hubungan antara tahap pengetahuan dengan kebimbangan etika dan privasi terhadap penggunaan AI adalah lemah dan tidak signifikan (ρ = 0.242, p = 0.091). Kesimpulannya, dapatan kajian rintis ini menunjukkan bahawa guru pendidikan khas bersedia dan menerima penggunaan AI sebagai alat sokongan profesional dalam penyediaan RPI. Namun demikian, kebimbangan terhadap aspek etika dan keselamatan data menunjukkan keperluan wujudnya garis panduan yang jelas serta latihan profesional yang berstruktur bagi memastikan penggunaan AI yang selamat, beretika dan selari dengan keperluan pendidikan khas. Dapatan kajian ini mengesahkan bahawainstrumen ini sesuai untuk digunakan dalam kajian berskala penuh pada fasa seterusnya.
| selected citations These citations are derived from selected sources. This is an alternative to the "Influence" indicator, which also reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | 0 | |
| popularity This indicator reflects the "current" impact/attention (the "hype") of an article in the research community at large, based on the underlying citation network. | Average | |
| influence This indicator reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | Average | |
| impulse This indicator reflects the initial momentum of an article directly after its publication, based on the underlying citation network. | Average |
