
Kajian ini berkaitan seorang tokoh seni lakonan tanah air yang menjadi sebutan ramai bermula sekitar tahun 1990-an sehingga kini. Dato’ Sri Eidzlan Yusof merupakan artis veteran yang bermula dengan bidang peragaan, seterusnya mencipta nama dalam bidang lakonan sebagai pelakon, penerbit dan pengarah drama dan filem di Malaysia. Beliau bukan sahaja mencipta nama dalam arena seni tanah air, bahkan telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian sejarah lisan bagi pengumpulan data primer secara langsung daripada tokoh di samping kajian literatur melibatkan bahan-bahan informasi sekunder bagi melengkapkan hasil kajian. Objektif utama kajian ini adalah bagi meneliti tiga isu utama iaitu mengetahui latar belakang peribadi tokoh, mengkaji penglibatan tokoh dalam dunia seni tanah air dan seterusnya mengenal pasti pencapaian dan cabaran yang dihadapi oleh tokoh dalam bidang seni. Hasil kajian dapat menambahkan sumber rujukan para penyelidik kepada bahan informasi berkenaan pengalaman dan sumbangan serta aktiviti seni artis veteran tanah air.
sejarah lisan, anak seni, lakonan, Eizlan Yusof, artis
sejarah lisan, anak seni, lakonan, Eizlan Yusof, artis
| selected citations These citations are derived from selected sources. This is an alternative to the "Influence" indicator, which also reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | 0 | |
| popularity This indicator reflects the "current" impact/attention (the "hype") of an article in the research community at large, based on the underlying citation network. | Average | |
| influence This indicator reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | Average | |
| impulse This indicator reflects the initial momentum of an article directly after its publication, based on the underlying citation network. | Average |
