
Kajian ini adalah berkaitan dengan sejarah dan pencapaian Puan Rusni binti Zakaria, Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Padang Jawa. Beliau telah dibesarkan di kampung tersebut dan kemudian mula mengikuti jejak langkah ibunya dalam bidang politik. Puan Rusni telah memberikan sumbangan besar dalam bidang politik dan kepimpinan wanita di peringkat komuniti. Menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah sejarah lisan, kajian ini melibatkan temubual bersama Puan Rusni binti Zakaria dam Puan Sasaliza binti Mohd Sirin. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendalami sejarah latar belakang Puan Rusni, serta mengenal pasti pencapaian, sumbangan, dan cabaran yang dihadapinya sebagai Ketua Wanita UMNO. Dengan dokumentasi yang terperinci dan pendedahan yang lebih luas, kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan bermakna dalam bidang kepimpinan wanita di Malaysia dan menyokong usaha dokumentasi sejarah lisan yang masih kurang mendapat perhatian, khususnya mengenai peranan wanita dalam kepimpinan.
Politik, Kampung Padang Jawa, Ketua Wanita, UMNO, Kepimpinan
Politik, Kampung Padang Jawa, Ketua Wanita, UMNO, Kepimpinan
| selected citations These citations are derived from selected sources. This is an alternative to the "Influence" indicator, which also reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | 0 | |
| popularity This indicator reflects the "current" impact/attention (the "hype") of an article in the research community at large, based on the underlying citation network. | Average | |
| influence This indicator reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | Average | |
| impulse This indicator reflects the initial momentum of an article directly after its publication, based on the underlying citation network. | Average |
