
Home / Archives / Vol 5 No 4 (2023): Dec 2023 / Articles Wangsa Wan: Merungkai Geneologi Asal-Usul dan Keturunan Shukri Janudin Abstract Wan merupakan salah satu dari beberapa buah keturunan orang Melayu yang wujud di Malaysia dengan sejarah asal usul yang panjang bermula seawal tahun 100 masihi menerusi kewujudan beberapa buah kerajaan purba di kepulauan Melayu. Keturunan ini muncul hasil dari perkahwinan silang dalam kalangan bangsawan tempatan dan bangsawan asing. Kajian ini cuba menyelusuri beberapa aspek seperti faktor geneologi, etimologi, gelombang penghijrahan, morfologi, sosio-budaya dan perundangan yang menjadi sanad utama dalam pengkajian sesebuah keturunan. Hasil penelitian ini merumuskan terdapatnya perkaitan keturunan Wan yang berasal-usul dari runtuhan empayar-empayar Melayu purba seperti Funan dan Langkasuka-Patani telah berbaur dengan tamadun empayar Parsi, Arab, India dan China yang membentuk serta menyebarkan keturunan Wan di Nusantara.
| selected citations These citations are derived from selected sources. This is an alternative to the "Influence" indicator, which also reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | 0 | |
| popularity This indicator reflects the "current" impact/attention (the "hype") of an article in the research community at large, based on the underlying citation network. | Average | |
| influence This indicator reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | Average | |
| impulse This indicator reflects the initial momentum of an article directly after its publication, based on the underlying citation network. | Average |
