
Robotik pendidikan digunakan dalam pendidikan dan aktiviti kokurikulum untuk meningkatkan minat, penglibatan dan prestasi akademik pelajar dalam pelbagai mata pelajaran. Bilangan kajian yang meneroka pembelajaran berasaskan robot dan kesannya terhadap akademik telah meningkat secara beransur-ansur. Oleh itu, Tinjauan Literatur Sistematik ini bertujuan untuk menyemak kajian terdahulu mengenai penggunaan robotik dalam pendidikan. Artikel-artikel yang diakses dari tahun 2019 hingga 2023 di tiga pangkalan data iaitu Scopus, Springer dan ScienceDirect, telah diteliti untuk mencari maklumat berkaitan yang relevan. Penyelidikan ini mengaplikasikan mod PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses). Dapatan dari artikel-artikel dari pelbagai negara menunjukkan bahawa ASIA telah menjalankan lebih banyak penyelidikan. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam artikel-artikel robotik pendidikan memberi tumpuan kepada soal selidik tinjauan dengan peratusan tertinggi sebanyak 40%. Kebanyakan artikel memberi fokus kepada pendidikan rendah. Dapatan ini boleh menjadi panduan untuk penyelidikan masa depan yang perlu dijalankan berkenaan robotik pendidikan di kalangan pelajar yang memerlukan bantuan.
| selected citations These citations are derived from selected sources. This is an alternative to the "Influence" indicator, which also reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | 0 | |
| popularity This indicator reflects the "current" impact/attention (the "hype") of an article in the research community at large, based on the underlying citation network. | Average | |
| influence This indicator reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | Average | |
| impulse This indicator reflects the initial momentum of an article directly after its publication, based on the underlying citation network. | Average |
