
Isu ketidakhadiran murid ke sekolah dan pencapaian akademik yang rendah dalam kalangan murid B40 merupakan salah satu cabaran dalam landskap pendidikan di Malaysia yang berupaya menyumbang kepada isu keciciran murid. Keperluan murid yang tidak dipenuhi menjejaskan motivasi, minat dan penglibatan mereka dalam pembelajaran. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur hubungan amalan mengurus keperluan murid oleh pentadbir dengan tahap kehadiran dan pencapaian akademik murid B40. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif melibatkan 24 buah sekolah menengah kebangsaan dari 4 zon di Semenanjung Malaysia yang dipilih melalui teknik persampelan kluster dan rawak mudah dengan 409 orang murid sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui ujian korelasi Pearson dengan menggunakan perisian SPSS versi 29.0. Dapatan menunjukkan amalan mengurus keperluan murid oleh pentadbir berada pada tahap sederhana (min=3.37, SP=0.667), manakala tahap kehadiran dan pencapaian akademik murid B40 berada pada tahap tinggi (min=3.45, SP=0.603). Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang sangat lemah tetapi signifikan pada aras signifikan p<0.05 (r=0.113, p=0.022). Kajian ini memperkukuh kesesuaian dan aplikasi Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) yang relevan dan praktikal untuk digunakan dalam konteks mengurus dan memenuhi keperluan murid secara lebih holistik. Pengurusan keperluan murid yang efektif dalam kalangan pentadbir memberi kesan kepada kehadiran murid yang lebih konsisten dan pencapaian akademik murid yang lebih cemerlang. Penemuan kajian memberi justifikasi bahawa keperluan murid perlu dipenuhi bermula keperluan asas hingga sempurna kendiri terutama bagi murid B40 yang sering terdedah kepada risiko keciciran yang lebih tinggi.
| selected citations These citations are derived from selected sources. This is an alternative to the "Influence" indicator, which also reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | 0 | |
| popularity This indicator reflects the "current" impact/attention (the "hype") of an article in the research community at large, based on the underlying citation network. | Average | |
| influence This indicator reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | Average | |
| impulse This indicator reflects the initial momentum of an article directly after its publication, based on the underlying citation network. | Average |
