
<script type="text/javascript">
<!--
document.write('<div id="oa_widget"></div>');
document.write('<script type="text/javascript" src="https://www.openaire.eu/index.php?option=com_openaire&view=widget&format=raw&projectId=undefined&type=result"></script>');
-->
</script>Kajian yang dilaksanakan adalah berkaitan dengan pengalaman seseorang dalam sambutan Hari Gawai Dayak yang sangat berpengalaman serta mempunyai gelaran yang layak sebagai orang lama dalam adat dan kebudayaan sambutan Hari Gawai Dayak tersebut. Hillary Chukan Briak ialah mantan ketua kampung, yang kini telah diwariskan kepada anak beliau, bertempat di Rumah Panjang Jackery Hillary Chukan, Sungai Menyan, Sibu, Sarawak. Beliau merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam tatacara dan adat serta budaya semasa sambutan Hari Gawai Dayak. Artikel ini menekankan tentang sejarah awal, dan mendedahkan adat-adat serta budaya dalam sambutan Hari Gawai Dayak. Selain itu, artikel ini juga menyatakan kepentingan dan sumbangan dalam memelihara adat dan kebudayaan orang Dayak. Sumber rujukan bagi artikel ini adalah melalui laman sesawang, artikel ilmiah, buku, surat khabar dan jurnal-jurnal yang berkaitan dengan sambutan Hari Gawai Dayak. Kajian ini diharapkan boleh dijadikan sumber kepada pengkaji yang memerlukan kajian ilmiah yang lebih mendalam mengenai adat dan budaya sambutan Hari Gawai Dayak ini. Kajian ini turut mempunyai kepentingan dari segi mengekalkan maklumat dan pengetahuan terutamanya kepada generasi masa sekarang agar ianya dapat dijadikan panduan dan sumber motivasi yang berkualiti pada masa yang akan datang.
Dayak, Gawai, Sarawak, Kampung, Adat
Dayak, Gawai, Sarawak, Kampung, Adat
| citations This is an alternative to the "Influence" indicator, which also reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | 0 | |
| popularity This indicator reflects the "current" impact/attention (the "hype") of an article in the research community at large, based on the underlying citation network. | Average | |
| influence This indicator reflects the overall/total impact of an article in the research community at large, based on the underlying citation network (diachronically). | Average | |
| impulse This indicator reflects the initial momentum of an article directly after its publication, based on the underlying citation network. | Average |
