Actions
  • shareshare
  • link
  • cite
  • add
add
Other research product . 2020

Kepentingan Industri Pertahanan Malaysia Kepada Keselamatan Negara

Batau, M. F. (Mohamed); Osman, N. (Nazariah); Keling, M. F. (Mohamad);
Open Access   Indonesian  
Published: 01 Jan 2020
Publisher: Secholian Publication
Country: Indonesia
Abstract
Selepas kemerdekaan 1957 sehingga sekarang, keselamatan negara merupakan perkara utama yang diberi perhatian oleh kerajaan dalam menangani pelbagai bentuk ancaman kepada keselamatan negara. Jesteru itu satu Dasar Keselamatan Negara (DKN) dan Dasar pertahanan Negara (DPN) telah digubal dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan Negara Malaysia. Dasar Pertahanan Negara (DPN) ini juga telah menggariskan salah satu komponen strategi pertahanan iaitu Industri Pertahanan (IP) yang perlu dibangunkan untuk keperluan pembangunan keupayaan aset pertahanan ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Oleh itu, Pembangunan Industri Pertahanan Malaysia akan memberikan impak kepada keselamatan negara dan artikel ini membincangkan kepentingan (IP) kepada Keselamatan Negara secara amnya. Pembangunan (IP) juga akan memberi satu keupayaan pertahanan yang kukuh dalam kesiapsiagaan menangani ancaman daripada luar dan dalam negara.
Subjects

Indonesia

Related Organizations
Download from
lock_open
Neliti
2020
Providers: Neliti